BAB 10 : HANG TUAH MELARIKAN TUN TEJA

Ahad, 24 Mei 2009 at 4:30:00 PTG
KAJIAN: NUR KHAIRUNNISA BINTI MAIDIN (U6-3)

A) SINOPSIS

Hang Tuah mengatakan hasrat hatinya kepada inang untuk memiliki Tun Teja. Pada asalnya inang merasa berat hati untuk menyampaikan hasrat hang Tuah itu namun kerana kasihnya terhadap Hnag Tuah, dia sanggup melakukuannya. Inang tersebut merasa gagap untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada Tun Teja dan akhirnya inang itu Berjaya meluahkan segalanya. Namun, Tun Teja marah dengan kata-kata inang tersebut lalu disuruhnya dayang-dayang untuk mengocoh mulut inang itu. Apabila inang itu pulang ke rumah dan memberitahu mengenai Tun Teja yang amat marah dengan hasrat Hang Tuah itu maka Hang Tuah pun menggunakan ilmu pengasih dengan ‘jebat’ yang diperolehinya daripada seorang perempuan tua. Hang Tuah menyuruh inang sekali lagi untuk memalitkan ‘jebat’ itu ditempat Tun Teja duduk.

Sebaik sahaja ‘jebat’ itu dicalitkan, Tun Teja pada masa itu tidaur, terbangun dan mencari-cari inang tua itu. Tun Teja juga teringin untuk bertemu dengan Hang Tuah. Hang Tuah juga daa mengatakan hasratnya untuk pergi ke Melaka selama 3 hari kepada inang dan juga Tun Teja lalu Tun Teja merasa sedih. Pada malam itu, Tun Teja bertemu dengan Hang Tuah secara senyap-senyap bersama-sama dengan dayang-dayang melalui jalan lorong di mana mereka tersesat akibat termasuk ke dalamm lorang yang salah sehinggakan ada yang menggap bahawa malaikat turun kerana terhidu bauan yang harum daripada badan Tun Teja sendiri. Tidak lama kemudian, Hang Tuah menyuruh inang dan juga Tun Teja bersiap sedia pergi ke Melakabersama-sama dengan semua dayang-dayang yang dan di Istana yang teramat banyakbersertakan dengan harta mereka sekali.

Permergian Tun Teja ini tidak diketahui oleh kedua-dua orang tuanya. Hang Tuah dan juga Tun Teja ini menumpang kapal Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja yang kebetulan singgah di Inderapura. Pada awalnya, mereka tidak membenarkan Tun Teja serta yang lainnya manaiki kapal mereka Tun Teja itu adalah anak Bendahara Inderapura. Walaubagaimanapun, mereka akhirnya setuju apabila melihat Hang Tuah marah yang menyebabkan kapal meraka bergegar seperti hendak terbalik kapal mereka itu. Berita mengenai Tun Teja dilarikan oleh Hnag Tuah heboh dan ini meyebabkan Raja Inderapura marah lalu mengarahkan laksmana, Seri Maharaja Lela, Tun Jenal dan juga Tun Pekerma untuk mengikut kapal Hang Tuah itu.

Tun Jenal dan yang lainnya terpaksa mengundurkan diri kerana kehebatan Hang Tuah dalam memanah begitu hebatr dan tiada tandingannya. Setibanya Di Melaka, gajah yang dibawa oleh Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura diturunkan. Memandangkan rupa gajah tersebut begitu baik rupanya sehingga tiada seorang pun yang menyedari Hang Tuah di mana tangannya diikat olehnya sendiri. Sebaik sahaj getah tersebut diberi nama Permata Selan, barulah raja Melaka menyedari kehadiran Hnag Tuah dan Raja Melaka merasa hairan mengapa Hang Tuah boleh berada disitu. Setelah menjelaskan semuanya, raja Melaka merasa gembira dan menyuruh semua isteri bendahara-bendahara menjemput Tun teja yang masih berada diatas kapal.

Melihat kehadiran isteri-isteri bendahara itu datang, tahulah Tun Teja bahawa dirinya akan dijadikan isteri kepada Raja Melaka bukan isteri Hang Tuah. Segara Hang Tuah meniup-niup ilmu pembenci kepada Tun Teja supaya dia membenci dirinya dan menyukai Raja Melaka. Akhirnya, Raja Melaka pun berkahwinlah dengan Tun Teja.

B) PERISTIWA PENTING

1. Hnag Tuah menuyurh inang untuk menyampaikan hasrat hatinya terhadap Tun Teja.
2. Tun Teja marah sebaik sahaja inang tersebut menyampaikan hasrat Hang Tuah itu lalu menyuruh dayang-dayangnya untuk mengocoh mulut inang itu.
3. Hang Tuah menyuruh inang itu untuk mencalit ilmu pengasih pada tempat duduk Tun Teja.
4. Tiba-tiba Tun Teja merasa rindu terhadap inang tua itu dan juga kepada Hang Tuah lalu mengarahkan dayangnya supaya memanggil mereka.
5. Hang Tuah ingin pergi ke Melaka selama 3 hari dan Tun Teja merasa sedih.
6. Hang Tuah mengajak Tun Teja dan inang untuk pergi bersamanya dan mereka bersetuju .
7. Pemergian Tun Teja untuk ke Melaka ini tidak diketahui oleh kedua orang tuanya.
8. Raja Inderapura marah kerana Hang Tuah melarikan anak bendahara.
9. Raja Inderapura mengarahkan orang untuk mengikuti mereka pergi ke Melaka.
10. Tun Jenal terpaksa mengundur diri kerana Hang Tuah merupakan seorang pemanah yang sangat handal.
11. Gajah yang dibawa oleh Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura diturunkan setibanya mereka di Melaka.
12. Hnag Tuah dihadapkan kepada Raja Melaka.
13. Raja Melaka merasa gembira apabila mengetahui Hang Tuah membawa Tun Teja bersama sambil memeluk Hang Tuah.
14. Tun Teja menangis kerana dirinya akan dikahwinkan dengan Raja Melaka bukan dengan Tun Teja.
15. Hang Tuah memberikan Tun Teja sejenis sirih supaya dirinya dibenci dan suka kepada Raja Melaka.

C) WATAK-WATAK

1. Hnag Tuah
2. Tun Teja
3. Mak Inang – ibu angkat Hang Tuah
4. Tun Jenal
5. Dang Merdu
6. Orang tua yang menjual Jebat
7. Dayang-dayang
8. Bendahara Seri Buana
9. Tun Ratna Diraja
10. Tun Bija Sura
11. Syahbandar
12. Raja Inderapura
13. Seri Maharaja Lela
14. Tun Perkerma
15. Si Jaya
16. Megat Panji Alam
17. Sang Perdana
18. Sang Sura
19. Bendara Paduka Raja
20. Dang Dara Cita hati
21. Dang Puasa

D) LATAR TEMPAT

1. Negeri Inderapura
2. Rumah Inang
3. Rumah Hang Tuah
4. Rumah Tun Teja
5. Di dalam istana Raja Inderapura
6. Di Pusara
7. Di lorong
8. Di atas peterana
9. Di bawah peterana
10. Di Melaka
11. Di Kuala
12. Di Balairung
13. Di dalam Jong
14. Di Pulau Tinggi
15. Di dalam istana Raja Melaka.

E) UNSUR-UNSUR

1. UNSUR PENIPUAN
Hang Tuah menipu Tun Teja dengan alas an bahawa Hang Tuah menyukai Tun Teja padahal Hang Tuah hanya ingin memperdayakan diri Tun Teja untuk menebus kesalahannya terhadap Raja Melaka memandangkan Raja Melaka sangat menyukai Tun Teja. Oleh itu, Hang Tuah menggunakan ilmu pengasih untuk melembutkan hati Tun Teja supaya dia mahu mengikut Hang Tuah ke Melaka.

2. UNSUR TAAT SETIA
Hang Tuah menolak gelaran ‘Laksamana’ yang ingin diberikan padanya kerana Hang Tuah hanya ingin bertuankan anak cucu Duli Syah Alam iaitu hanya ingin bertuankan kepada Raja Melaka serta keturunannya. Ini menunjukkan bahawa Hang Tuah merupakan seorang pahlawan yang taat setia yang tiada bandingnya walaupun banyak gelaran yang ingin diberikan kepadanya.

3. UNSUR KASIH SAYANG
Inang kepada Hang Tuah sanggup membahayakan nyawanya hanya kerana kasihnya terhadap anak angkatnya iaitu Hang Tuah. Datuk ingin dengan takut-beraninya menyampaikan hasratnya hati Hang Tuah terhadap Tun Teja sebagai bukti bahawa dia amat kasihkan Hang Tuah sepertimana yang Hang Tuah inginkan. Sebaik sahaja inang menyampaikan hasrat tersebut, Tun Teja mengarahkan dayamg-dayang untuk mengocoh mulut inang itu. Ini membuktikan bahawa inang tua tersebut sanggup membahayakan nyawanya demi anak angkat kesayangannya itu.

BAB 9 : HANG TUAH DALAM BUANGAN DI INDERAPURA

Ahad, 3 Mei 2009 at 7:37:00 PG
KAJIAN SITI ZUBAIDAH HJ ABD KADIR. (U6-6)
A) SINOPSIS
Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya serta pembesar-pembesar yang lain kerana mereka merasa iri hati dengan kepercayaan Raja Melaka terhadapnya. Dimana, Hang Tuah difitnah berlaku sumbang dengan dayang-dayang. Oleh itu Bendahara Paduka Raja diperintah untuk membunuh Hang Tuah, tetapi Bendahara melepaskan Hang Tuah, disebabkan oleh jasa-jasanya. Selepas itu, Hang Tuah membawa diri ke Inderapura dengan tujuan mendapatkan Tun Teja untuk Melaka, demi menebus kesalahan dirinya. Semasa di Inderapura, Hang Tuah tinggal di Kampung Bendahara Seri Buana. Hang Tuah juga menjadi anak angkat Dang Ratna, iaitu Inang Tun Teja. Dengan menjalin perhubungan mesra dengan dayang-dayang Tun Teja yang sering mengunjungi Dang Ratna, Hang Tuah mengetauhi bahawa Tun Teja sedang bersedih kerana tidak suka bertunangkan Megat Panji Alam dari negeri Terengganu. Di samping itu, Hang Tuah juga menjalin hubungan baik dengan ahli-ahli keluarga Bendahaa, iaitu Tun Jenal.
Setelah itu Hang Tuah telah dijemput untuk menghadap Raja Inderapura. Akhirnya, Hang Tuah mendapat kepercayaan raja dan dibenarkan menetap di Inderapura di bawah jagaan Bendahara. Tun Teja mengetauhi kewujudan Hang Tuah di Inderapura setelah melihat kecantikkan kain, iaitu hadiah Hang tuah kepada dayang-dayang Tun Teja. Di samping itu Hang Tuah juga menghadiahkan kain kepada Tun Teja sebagai tanda dirinya menjadi hamba ke bawah Tun Teja. Oleh itu, Tun Teja menjemput Hang Tuah menghadiri majlis makan malam di istana. Tun Teja mulai jatuh cinta kepada Hang Tuah sehinnga bermimpi tentang dirinya yang dibawa ke Melaka.

B) PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
1. Fitnah terhadap Hang Tuah yang menandakan perasaan cemburu di kalangan pembesar dalam negeri.
2. Kebijaksanaan Bendahara melepaskan Hang Tuah.
3. Kesetiaan Hnag Tuah terhadap raja, sehingga rela dirinya dibunuh, walaupun dia sedar dirinya difitnah.

C) LATAR TEMPAT
1. Melaka
2. Inderapura

D) WATAK
Hang tuah, Raja Melaka, Bendahara Paduka Raja, Patih Kerma Wijaya, Bendahara Seri Buana Inderapura, Dang Ratna, TunTeja, Intan BaiduriDang Senja, Cendera Midani, Tun Jenal, Tun Karim, Tun Megat, Dang Warna, Dang Kemala, Raja Inderapura, Dang Anum, Dang Sandang, Che Intan, Megat Panji Alam.

E) UNSUR-UNSUR
(i)Unsur dengki
Cemburu, dengki dan fitnah adalah sifat yang buruk menyebabkan Hang Tuah yang sangat disayangi raja itu telah dibuang negeri ke Inderapura kerana difitnah oleh Patih Kerma Wijaya.
(ii)Unsur kepiluan
Hang Tuah dihukum mati, tetapi kebijaksannaan Bendahara Paduka Raja, Hang Tuah diringkan hukuman, iaitu tidak dibenarkan menetap di Melaka. Dengan itu Hnag Tuah membuat keputusan meninggalkan Melaka dan mengembara ke Inderapura untuk membuat penghidupan baru. Hang Tuah hidup sebagai perantau dan memperhambakan diri kepada Raja Inderapura Pura dan Seri Buana.
(iii)Unsur Ketaat-setiaan
Hang Tuah ialah seorang yang patuh kepada janji dan tanggungjawab. Oleh kerana itu Hang Tuah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan TunTeja untuk Raja Melaka. Walaupun Hang Tuah mencintai Tun Teja dan Tun Teja mencintai Hang Tuah, akan tetapi Hang Tuah sanggup melepaskan Tun Teja kerana mematuhi janjinya terhadapa diri sendiri