Bab 18 : Betara Majapahit Dengan Raja Melaka II

Ahad, 6 September 2009 at 10:27:00 PG

Hasil kerja : Ramizah Binti Mohd. Azri. (U6-7)


SINOPSIS :

Betara Majapahit ingin membunuh Hang Tuah setelah mengetahui tentang kematian Marga Paksi di Bukit China dan menguasai Negeri Melaka. Betara Maja Pahit menghantar Kartala Sari ke Melaka untuk membunuh Hang Tuah. Apabila tiba di Melaka, Kartala Sari menyamar sebagai orang Jawa biasa. Dia keluar mencuri pada setiap malam dan mengumpulkannya di Bukit China. Raja Melaka telah menitahkan agar Temenggong Sarwa Raja membuat kawalan di kampung-kampung setiap malam. Dengan ilmu ghaib, Kartala Sari boleh meneruskan kerja-kerja mencurinya. Lalu Hang Tuah telah memasang perangkapnya sendiri dan tidur di tengah-tengah pasar menunggu kedatangannya. Hang Tuah membunuh Kartala Sari dan memotong syahwatnya (Kartala Sari). Raja Melaka telah menitahkan Hang Kasturi membawa balik harta ke istana dan dipulangkan semula kepada empunyanya. Kematian Kartala Sari telah diketahui oleh Betara Maja Pahit dan Patih Gaja Mada. Mereka masih berusaha untuk membunuh Hang Tuah dan menguasai Negeri Melaka.

JALAN CERITA :

Setelah Patih Gaja Mada mengetahui tentang kematian Marga Paksi yang dibunuh oleh Hang Tuah di Bukit China, Betara Maja Pahit telah menghantar Kartala Sari, anak Petala Bumi, ke Melaka untuk membunuh Hang Tuah dan menguasai Negeri Melaka. Kartala Sari berasa tidak sabar hendak membunuh Hang Tuah untuk menuntut bela atas kematian ayahnya itu.

Tibanya Kartala Sari di Melaka, dia menyamar sebagai orang Jawa biasa. Kartala Sari masuk ke istana bersama-sama dengan rakyat Melaka mengadap raja dengan tujuan ingin mengenal Hang Tuah. Kartala Sari keluar mencuri harta-harta penduduk Melaka dan di kumpulnya di Bukit China sehingga berlakunya kecurian berleluasa di Melaka.

Raja Melaka telah menitahkan Temenggong Sarwa Raja membuat kawalan di setiap kampung pada setiap malam. Akan tetapi, dengan ilmu ghaib yang ada pada Kartala Sari, kawalan yang dibuat oleh Temenggong bersama 500 pengawal masih lagi gagal untuk menyekat kerja-kerja mencuri Kartala Sari.

Hang Tuah telah memasang perangkapnya di istana raja untuk memerangkap Kartala Sari yang ingin mencuri harta istana. Hal ini telah diketahui oleh Kartala Sari lalu lari ke kawasan lain. Hang Tuah telah membuat kawalan sendiri dengan menyamar sebagai bangkai dan pura-pura tidur di tengah-tengah pasar menunggu kedatangannya. Apabila Kartala Sari melintasi Hang Tuah, beliau terus membunuhnya dan memotong syahwat Kartala Sari.

Keesokan harinya,mayat Kartala Sari telah dijumpai oleh orang ramai dan sesetengah daripada mereka mengambil kepala, telinga dan kakinya untuk dibawa mengadap raja sebagai bukti yang mereka telah berjaya membunuh Kartala Sari. Orang ramai berasa malu dan pergi meninggalkan istana setelah mengetahui pembunh sebenarnya (Hang Tuah).

Raja Melaka menitahkan supaya Hang Kasturi pergi memanggil orang ramai memungut harta yang dicuri di Bukit China dan membawanya balik ke istana. Kebanyakan tuan yang empunya harta menghadiahkan harta-harta mereka itu kepada Hang Tuah. Hang Tuah telah membahagikan harta-harta tersebut kepada fakir miskin dan para pegawai yang tidak mempunyai punca pendapatan.

Berita kematian Kartala Sari telah diktahui oleh Betara Maja Pahit dan Patih Gaja Mada. Namun mereka masih berusaha menghantar perajurit ke Melaka untuk membunuh Hang tuah dan seterusnya menakhluki pemerintahan Negeri Melaka.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING:

Ø Betara Maja Pahit telah menghantar Kartala Sari untuk membunuh Hang Tuah.

Ø Kartala Sari menyamar sebagai orang Jawa biasa di Melaka.

Ø Temenggong Sarwa Raja bersama 500 pengawal gagal menyekat kerja-kerja mencuri Kartala Sari kerana Kartala Sari menggunakan ilmu ghaibnya semasa mencuri.

Ø Hang Tuah menyamar sebagai bangkai untuk memerangkap Kartala Sari.

Ø Hang Tuah membunuh dan memotong syahwat Kartala Sari.

Ø Hang Kasturi memanggil orang ramai untuk memungut harta yang di curi di Bukit China.

Ø Orang ramai menghadiahkan harta-harta mereka kepada Hang Tuah.

Ø Hang Tuah menyerahkan harta-harta tersebut kepada fakir miskin dan para pegawai yang yang tidak ada punca pendapatan.

Ø Kematian Kartala Sari diketahui oleh Betara Maja Pahit dan Patih Gaja Mada.

Ø Betara Maja Pahit Dan Patih Gaja Mada tetap berusaha untuk membunuh Hang Tuah dan menguasai Negeri Melaka.

WATAK-WATAK:

Ø Raja Melaka.

Ø Laksamana Hang Tuah.

Ø Hang Kasturi.

Ø Betara Maja Pahit.

Ø Patih Gaja Mada.

Ø Temenggong Sarwa Raja.

Ø Bendahara Paduka Raja.

Ø Patih Kerma Wijaya.

LATAR TEMPAT:

l Negeri Melaka.

l Istana Raja Melaka.

l Bukit China.

l Di tengah-tengah pasar.

l Majapahit.

SOALAN KONTEKS:

“Hai Temenggung, tiadakah menyuruh orangnya berkawal tadi?”. Maka sembah Temenggung, “Daulat Tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba pun hairanlah akan penjurit itu” – (m.s. 404)

  1. Siapakah berkata di atas dan kepada siapa kata-kata di atas dituju?
  2. Bila dan di manakah kata-kata tersebut dituturkan?
  3. Apakah peristiwa yang terjadi sehingga dialog di atas diucapkan, terangkan peristiwa seterusnya?

☺Terima Kasih Atas Perhatian Awda...☺

0 comments

Catat Ulasan