BAB 16: HANG JEBAT MENDUDUKI ISTANA

Rabu, 2 September 2009 at 3:57:00 PTG

KAJIAN: ROZIELINA ZINI (U6-3)

SINOPSIS

Pada awal bab ini menceritakan tentang kelakuan Hang Jebat yang semakin liar sehingga sering bersuka ria di istana dan bermukah dengan dayang-dayang di istana malahan dia meganggap istana adalah tempat tinggalnya. Perbuatan keji Hang Jebat membuatkan Raja Melaka menjadi murka tetapi apakan daya keris pandak Laksamana Hang Tuah masih berada ditangan Hang Jebat, tiada sesiapapun yang akan dapat mengalahkannya. Seterusnya Raja Melaka terpaksa berpindah ke rumah Bendahara Paduka Raja bersama-sama dengan Tun Teja, Raden Emas Ayu serta putera-putera baginda.

Pelbagai percubaan untuk membunuh Hang Jebat yang diperintahkan oleh Raja Melaka telah dilakukan oleh pembesar-pembesar seperti Patih Kerma Wijaya, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan temenggung tetapi kesemuanya gagal. Akhirnya, baginda Raja Melaka menyesal tentang hukuman baginda yang membabi buta terhadap Laksamana Hang Tuah. Pada masa itulah, Bandahara Paduka Raja membongkar rahsia bahawa Hang Tuah masih hidup dan bersembunyi di Hulu Melaka. Tun Pekerma dan Tun Kasturi dititahkan untuk menjemput Laksamana dengan segera.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

· Hang Jebat bermaharajalela Di istana akibat rasa geramnya terhadap Raja Melaka.

· Keris Pandak Laksamana Hang Tuah berada ditangan Hang Jebat.

· Raja Melaka Murka kepada Hang Jebat dan perbuatannya yang durhaka terhadap baginda.

· Raden Mas Ayu lari dari istana dan menuju ke Istana Tun Teja lalu mengadu akan kekacau bilauan yang dilakukan oleh Hang Jebat.

· Raja Melaka berpindah ke rumah Bendahara Paduka Raja Bersama dengan Tun Teja, Raden Emas Ayu dan Putera-putera baginda.

· Raja Melaka memerintahkan kepada sekalian untuk membunuh Hang Jebat yang Durhaka.

· Tidak ada sesiapa pun yang mampu membunuh Hang Jebat.

· Bendahara Paduka Raja membongkarkan rahsia bahawa Hang Tuah masih hidup.

· Tun Pekerma san Tun Kasturi di perintahkan untuk menjemput Laksamana.

WATAK

· Hang Jebat .

· Raja Melaka.

· Bendahara.

· Hang Lekiu.

· Hang Kasturi.

· Tun Teja.

· Raden Mas Ayu.

· Putera

· Pegawai.

LATAR TEMPAT.

· Istana.

· Istana Tun Teja.

· Rumah Bendahara.

· Hulu Melaka.

UNSUR.

UNSUR SETIAKAWAN:

Unsur ini dapat dilihat melalui sifat Hang jebat yang berani menentang dan derhaka kepada Raja nya sendiri kerana dia merasa tidak puas hati terhadap keputusan Rajanya yang terlalu mengikut nafsu untuk memberi hukum bunuh terhadap sahabt Hang Jebat sendiri iaitu Hang Tuah.

Dari sifatnya yang begitu berani dan liar menderhakai Rajanya untuk membela ketidak adilan yang dilakukan terhadap sahabatnya yang terlalu setia kepada raja mereka yang zalim tersebut.

UNSUR KEKUATAN&KEAJAIBAN:

Unsur ini ada pada Keris Taming Sari yang telah Hang Tuah berikan kepada Hang Jebat. Dengan keris itu lah Hang Jebat melindungi dirinya dari orang-orang suruhan Raja Melaka untuk membunuhnya dan kerana keris itu juga Raja Melaka merasa takut dan resah akan Hang Jebat. Ini dalah kerana kesaktian yang ada pada keris itu adalah sangat luar biasa ini boleh dibuktikan pada ketika keris Taming Sari masih didalam tangan Taming Sari, Hang Tuah tidak berdaya untuk menikamnya dan contoh yang lain pula adalah ketika Keris Taming Sari menjadi milik Hang Jebat, tiada siapa pun yang mampu menewaskannya kerana kebal.

UNSUR TERBURU-BURU DAN KURANG WASPADA:

Hukuman dan tindakan Raja Melaka menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa terlebih dahulu. Tindakan terburu-buru oleh seorang pemerintah jelas menunjukan betapa tidak adanya kuasa yang dapat menyekat kekuasaan dan batas-batas kuasa seorang raja dalam masyarakat yang mengamalkan system feudal. Raja Melaka begitu murka setelah mengetahui bahawa Hang Tuah berkehendak dengan salah seorang dayang istana. Tanpa berfikir panjang , baginda tidak lagi mendengar nasihat Bendahara. Malah dalam keadaan marah, hilang pertimbangan buruk baik hukuman. Segala jasa bakti Hang Tuah, dan segala kebaikan tidak lagi diperhitungkan hanya kerana “seorang Perempuan”.

SOALAN KONTEKS:

“ Hai tuan puteri, sakarang apa bicara kita akan si Jebat ini? Pada penglihatan kita, demikian, salah perbuatan dan lakunya ini, tiada seperti Laksamana menjadi orang tua dengan sopan santun akan isi istana.”(ms:359)

1) Siapakah yang bertutur diatas? Dan kepada siapakah pertuturan ini disampaikan?

2) Apakah yang telah terjadi kepada Hang jebat dan mengapakah ia menjadi bualan si penutur diatas?

3) Ringkaskan apakah yang terjadi selepas pertuturan ini?

0 comments

Catat Ulasan