KAJIAN SITI ZUBAIDAH HJ ABD KADIR. (U6-6)
A) SINOPSIS
Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya serta pembesar-pembesar yang lain kerana mereka merasa iri hati dengan kepercayaan Raja Melaka terhadapnya. Dimana, Hang Tuah difitnah berlaku sumbang dengan dayang-dayang. Oleh itu Bendahara Paduka Raja diperintah untuk membunuh Hang Tuah, tetapi Bendahara melepaskan Hang Tuah, disebabkan oleh jasa-jasanya. Selepas itu, Hang Tuah membawa diri ke Inderapura dengan tujuan mendapatkan Tun Teja untuk Melaka, demi menebus kesalahan dirinya. Semasa di Inderapura, Hang Tuah tinggal di Kampung Bendahara Seri Buana. Hang Tuah juga menjadi anak angkat Dang Ratna, iaitu Inang Tun Teja. Dengan menjalin perhubungan mesra dengan dayang-dayang Tun Teja yang sering mengunjungi Dang Ratna, Hang Tuah mengetauhi bahawa Tun Teja sedang bersedih kerana tidak suka bertunangkan Megat Panji Alam dari negeri Terengganu. Di samping itu, Hang Tuah juga menjalin hubungan baik dengan ahli-ahli keluarga Bendahaa, iaitu Tun Jenal.
Setelah itu Hang Tuah telah dijemput untuk menghadap Raja Inderapura. Akhirnya, Hang Tuah mendapat kepercayaan raja dan dibenarkan menetap di Inderapura di bawah jagaan Bendahara. Tun Teja mengetauhi kewujudan Hang Tuah di Inderapura setelah melihat kecantikkan kain, iaitu hadiah Hang tuah kepada dayang-dayang Tun Teja. Di samping itu Hang Tuah juga menghadiahkan kain kepada Tun Teja sebagai tanda dirinya menjadi hamba ke bawah Tun Teja. Oleh itu, Tun Teja menjemput Hang Tuah menghadiri majlis makan malam di istana. Tun Teja mulai jatuh cinta kepada Hang Tuah sehinnga bermimpi tentang dirinya yang dibawa ke Melaka.
B) PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
1. Fitnah terhadap Hang Tuah yang menandakan perasaan cemburu di kalangan pembesar dalam negeri.
2. Kebijaksanaan Bendahara melepaskan Hang Tuah.
3. Kesetiaan Hnag Tuah terhadap raja, sehingga rela dirinya dibunuh, walaupun dia sedar dirinya difitnah.
C) LATAR TEMPAT
1. Melaka

2. Inderapura
D) WATAK
Hang tuah, Raja Melaka, Bendahara Paduka Raja, Patih Kerma Wijaya, Bendahara Seri Buana Inderapura, Dang Ratna, TunTeja, Intan BaiduriDang Senja, Cendera Midani, Tun Jenal, Tun Karim, Tun Megat, Dang Warna, Dang Kemala, Raja Inderapura, Dang Anum, Dang Sandang, Che Intan, Megat Panji Alam.
E) UNSUR-UNSUR
(i)Unsur dengki
Cemburu, dengki dan fitnah adalah sifat yang buruk menyebabkan Hang Tuah yang sangat disayangi raja itu telah dibuang negeri ke Inderapura kerana difitnah oleh Patih Kerma Wijaya.
(ii)Unsur kepiluan
Hang Tuah dihukum mati, tetapi kebijaksannaan Bendahara Paduka Raja, Hang Tuah diringkan hukuman, iaitu tidak dibenarkan menetap di Melaka. Dengan itu Hnag Tuah membuat keputusan meninggalkan Melaka dan mengembara ke Inderapura untuk membuat penghidupan baru. Hang Tuah hidup sebagai perantau dan memperhambakan diri kepada Raja Inderapura Pura dan Seri Buana.
(iii)Unsur Ketaat-setiaan
Hang Tuah ialah seorang yang patuh kepada janji dan tanggungjawab. Oleh kerana itu Hang Tuah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan TunTeja untuk Raja Melaka. Walaupun Hang Tuah mencintai Tun Teja dan Tun Teja mencintai Hang Tuah, akan tetapi Hang Tuah sanggup melepaskan Tun Teja kerana mematuhi janjinya terhadapa diri sendiri

0 comments