A) SINOPSIS
Patih Gajah Mada merancang untuk mengupah perajurit mencuri Keris Taming Sari yang dimiliki oleh Hang Tuah . Tugas itu diberikan kepada Sang Bima Sina. Rancangan mencuri Keris Laksamana akan melakukan ketika Hang Tuah diminta oleh Betara beriwayat. Apabila melihat Hang Tuah amat leka, maka Sang Bima Sina pun menyendal Keris pandak Hang Tuah dan mempersembahkan keris itu kepada Betara.
Menyendari keris pandaknya disuri orang, Hang Tuah dengan hati-hati meraba keris Patih Gajah mada dan Berjaya memakainya. Betara Majapahit meminta Patih Gajah Mada menunjukkan kerisnya tetapi beliau enggan dengan alasan mata kerisnya sudah berkarat. Apabila didesak oleh BEtara, barulah beliau meraba kerisnya dan mendapati keris itu telah hilang. Patih Gajah Mada amat alu dengan peristiwa itu.
Untuk menutup malu, Betara menyatakan pada Hang Tuah bahawa baginda hanya bergurau. Laksamana sempat menyindir perbuatan Betara Majapahit yang tidak boleh diselindungkan lagi itu.
Raja Melaka amat bimbang dengan keselamatan laksamana Hang Tuah kerana adanya usaha membunuh Hang Tuah oleh Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit. Pelbagai usaha dilakukan untuk membunuh Hang Tuah tetapi tidak berhasil kerana Hang Tuah sentiasa beringat dan berhati-hati pada setiap masa, malah ia adalah seorang hulubalang yang memiliki ilmu hulubalang yang maha tinggi serta amat tahu akan ilmu firasat. Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku, Raja Melaka kebenaran daripada Betara Majapahit berangkat pulang ke Melaka.
Patih Gajah Mada mengupah 70 orang kepetangan mengamuk itu disuruh mengamuk di tengah pesara. Patih Gajah Mada berpesan sekiranya bertemu dengan seorang Melayu, yang bersungguh – sungguh hendak menentang, maka disuruhnya bunuh. Berita tentang orang mengamuk di tengah pesara disampaikan pada Betara majapahit ketika ia dihadap oleh Raja Melaka dan rombongannya. Betara bersungut di hadapan Raja Melaka sambil memandang kepada laksamana. Laksamana terlebih dahulu mengetahui tujuan pandangan Betara itu lalu terus menyinsing lengan menuju ke arah orang yang sedang mengamuk.
Hang Tuah mengetahui bahawa kejadian mengamuk itu adalah muslihat Patih Gajah Mada untuk membunuhnya. Tetapi Hang Tuah tidak gentar kerana mengikut firasatnya dia tidak akan mati di bumi majapahit. Hang tuah Berjaya membunuh orang yang mengamuk itu. Rakan-rakannya datang membantu dan melihat Hang Tuah sedang berhenti lelah di sebuah kedai. Hang Tuah diusung oleh rakan-rakannya ke paseban. Apabila sampai dihadapan Raja Melaka, Hang Tuah terus bangun melompat mengahadap seraya menyindir dengan kata-katanya.
Patih Gajah Mada dan Betara masih berusaha membunuh Hang Tuah. kali ini beliau menitahkan Sang Wirana, seorang perajurit yang amat sakti membunuh Hang Tuah. Sang Wirana Berjaya masuk ke kampung Hang Tuah dengan menyamar seperti binatang, misalnya menjadi kunang-kunang , kemudian apabila sampai ke atas rumah berupa seperti kucing, dan akhirnya sebagai harimau.
Sang Wirana telah memeberitahu terlebih dahulu kepada Patih Gajah Mada bahawa sekiranya Hang Tuah pernah berguru pada Sang Persata Nala (di Gunung Wirana Pura) maka dia tidak mati oleh senjata dan tidak akanb mati kerana tikaman. Patih Gajah Mada menafikan yang Hang Tuah pernah berguru pada sang perata kerana pemergian Hang Tuah pernah berguru pada sang persata kerana pemergian Hang Tuah dan sahabat-sahabat berguru tidak diketahui oleh Patih Gajah Mada.
Laksamana Hang Tuah Berjaya memarang tubuh Sang Wirana. Apabila diparang, putus tangan, putus bahu tetapi dia masih boleh bangun dan berjalan. Hang Tuah Berjaya memarang kepala Sang Wirana hingga Putus. Kepala itu dibawa oleh empat orang perajurit kepda Patih Gajah MAda. Sang Wirana telah berwasiat agar kepalanya ditanam di kaki Gunung ima Giri dan selepas tujuh tahun hendaklah di gali. Kepala itu akan hidup seperti sedia kala.
Patih Gajah Mada menghantar utusan menjemput Sang Persata Nala yang bertapa di Gunung Wirana Pura. Tujuan beliau supaya Sang Persata Nala membunuh Laksamana Hang Tuah. Rombongan yang pergi tidak berjaya menemui Sang Persata Nala. Ramai daripada mereka mati dimakan Binatang buas.
Sewaktu Raja Melaka menghadap Betara Majapahit, Raja Melaka mengambil kesempatan meminta izin kembali ke Melaka dan akan membawa sekali isterinya ke Melaka. Betara Majapahit member keizinan dan seterusnya menitahka pegawai dan pertuanan membuat persiapan kelengkapan berangkat ke Melaka.
Sebelum itu meraka merancang untuk memasuki taman larangan Betara. Sewaktu berada disana mereka mandi kolam permandian, memetik bunga, memakan buah-buahan dan bersenda loka. Betara Majapahit amat marah diatas perbuatan mereka lalu dengan segeranya mengarahkan 1000 orang pengawitan menombaki Hang Tuah yang sedang bersuka- sukaan di taman larangan itu. Tetapi Hang Tuah serta rakan-rakannya Berjaya melawani kesemua pengawitan tersebut.
Hang Tuah berdatang sembah kepada Betara Majapahit mohon keampunan kerana mereka memasuki taman larangan itu. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui bahawa taman larangan itu tidak dapat dimasuki.
Laksamana Hang Tuah menceritakan semua hal yang berlaku di Majapahit kepada Bendahara serta bagaimana beliau Berjaya memiliki Keris Taming Sari.
PERISTIWA PENTING.
· Betara Majapahit dan patih Gajah Mada merancang untuk mencuri keris Taming Sari yang sakti itu daripada Hang Tuah.
· Cubaan mencuri yang dilakukan oleh Sang Bima Sina Pati telah Berjaya.
· Walau bagaimanapun, Betara Majapahit terpaksa memulangkan Keris Taming Sari kepada Hang Tuah setelah Hang Tuah Berjaya mencuri Keris Patih Gajah Mada.
· Raja Melaka bercadang untuk pulang ke Melaka demi keselamatan Laksamana Hang Tuah yang sering diancam nyawanya oleh Patih Gajah Mada.
· Hang Tuah dan rakan-rakannya memasuki Taman larangan.
· 1000 orang askar telah pun diarahkan untuk membunuh mereka tetapi dapat dikalahkan oleh mereka.
· Perbuatan membalas dendam oleh Hang Tuah yng memalukan keatas Betara Majapahit. Perbuatan ini dapat dimaafkan oleh Raja Melaka kerana baginda saying dan kasihkan Hang Tuah.
LATAR TEMPAT.
· Melaka
· Bumi Majapahit
· Gunung Wirana Pura
· Gunung Ima Giri.
· Taman Larangan
· Betara Majapahit
WATAK DAN PERWATAKAN
1) Hang Tuah
2) Hang Jebat
3) Hang Lekir
4) Hang Kasturi
5) Hang Lekiu
6) Betara Majapahit
7) Raja Melaka
8) Patih Gajah Mada
9) Sang Wirana Sang
10)Persata Nala.
11) Sang Bima
UNSUR-UNSUR
1) Kepahlawanan
-Hang Tuah Berjaya membunuh orang yang mengamuk.
-Hang Tuah Berjaya menetak tubuh sang Wirana.
-Hang Tuah beserta rakan-rakannya Berjaya melawan 1000 orang askar yang dihantar oleh Betara Majapahit
2) Kesaktian
- Sang Wirana yang boleh berubah menjelmakan diri dengan pelbagai rupa.
0 comments