KAJIAN: EMILLIA BINTI RAZALI
A) SINOPSIS
Mengisahkan tentang Raja Melaka menyuruh Tun Utama dan Tun Bija Sura untuk pergi ke Inderapura untuk meminang Tun Tuja. Utusan peminangan disambut dengan baik. Tetapi, Tun Teja, Puteri Bendahara Seri Buana menolak pinangan tersebut sibabkan tidak sedarjat dengan Raja Melaka.
Setelah itu, Patih Kerma Wijaya memberi cadangan kepada Raja Melaka mengenai Puteri Betara Majapahit, Mas Ayu, yang tidak kurang juga cantiknya Raja Melaka pun mengiyakan cadangan tersebut lantas diutusnya Hnag Tuah dan Patih Kerma Wijaya ke Majapahit serta 4 sahabatnya yang lain. Bendahara dan Hang Tuah pun bermasyurat hendak membangunkan ghali akan kenaikan raja. Ghali itu dinamakan 'Mendam Berahi'. Surat peminagan pun diutuskan ke Patih Gajah Mada. Menteri Besar Majapahit.
Mereka yang membawa utusan itu disambut baik oleh Bentara Majapahit yang diwakili oleh Patih Gajah Mada. Ini kerana taraf kerajaan Melaka tinggi. Tapi sebelum utusan itu sampai, mereka telah diuji kekuatannya dengan menyuruh enam puluh orang perajurit mengamuk ditengah pasar dan membunuh mereka. Namun peruit-perajurit itu dapat dikalahkan oleh utusan Raja Melaka.
Hang Tuah telah bertemu dengna Raden Aria bersama-sama Sang Perdana Setia dan Sang Ratna Setia. Mereka adalah orang utusan dari benua keling dan juga membawa surat yang dipersembahkan kepada Bentara Majapahit. Hang Tuha memberitahu kepda Utusan Benua Keling bahawa kuda yang dibawa benua itu ada celanya iaitu tidak boleh melihat air kerana ia akan berkubang seperti kerbau. Tetapi Hang Tuah dapat menyembuhkan kuda tersebut.
Hang Tuah diberikan ganjaran yang lebih dari yang lainnya. Hang Tuah dan rombongan kembali ke Melaka setelah menyampaikan utusan itu dan mereka diiringi oleh utusan Benua Keling iaitu Raden Aria. Demang Gajah Pertala. Rangga Bagung dan jaksa Temandera Kanuruan.
B) PERISTIWA PENTING
1. Tun Utama dan Bija Sura pergi ke Inderapura untuk meminang Puteri Bendahara Seri Buana, Tun Teja. Pinangan Raja Melaka ditolak atas alas an tidak setaraf dengannya.
2. Hang Tuah bersama rombongannya pergi ke Majpahit untuk meminang Puteri Betara Majapahit, Raden Mas Ayu, dengan menggunakan ghali iaitu “Mendam Berahi”.
3. Mereka disambut dengan penuh adat kebesaran disebabkan mereka dari utusan Melaka yang tarafnya dipandang mulia.
4. Mereka telah di uji kekuatannya dengan dihadapakan 60 orang perajurit yang mengamuk ditengah pasar.
5. Betara Majapahit mempelawa Hnag TUah berkhimat dengannya berserta dengan ganjaran sebuah negeri dan 40 orang isteri.
6. Raja Benua Keling adalah saudara kandung kepada Raja Melaka.
7. Hnag Tuah dapat menyembuhi Kuda Benua Keling yang ada celanya.
8. Hang Tuah kembali ke Melaka dengan diiringi oleh rombongan Benua Keling.
C) WATAK
1. Hang Tuah
2. Patih Kerma Wijaya
3. Raja Melaka (Sang Maniaka)
4. Bendahara Seri Buana
5. Tun Teja
6. Tun Utama
7. Tun Bija Sura
8. Hnag Jebat
9. Hang Kasturi
10. Hnag Lekir
11. Hang Lekiu
12. Patih Gajah Mada
13. Bendahara Paduka Raja
14. Betara Majapahit (Seri Betara)
15. Raden Aria
16. Sang Perdana Setia
17. Rangga Bagung
18. Sang Ratna setia
19. Demang Gajah Pertala
20. Jaksa Temandera Kanaruan
D) PERWATAKAN
1. Hang Tuah
Utusan Raja Melaka ke Majapahit untuk meminang Puteri Betara Majaphit. Hang Tuah adalah seorang pahlawan yang berani menerima apa jua cabaran yang diberi. Ini terbukti kerana ia Berjaya menentang orang yang mengamuk ditengah pasar iaitu orang yang diupah oleh Majapahit. Hang Tah juga pandai menyembuhkan kuda yang ada celanya
2. Patih Gajah Mada
Menteri di Majapahit. Dia wakil bagi Betara Majapahit bagi menguruskan apa yang diperintahkan
E) LATAR TEMPAT
i. Inderapura
ii. Melaka
iii. Rumah Bendahara Paduka Raja
iv. Majapahit
v. Rumah Patih Gajah Mada
vi. Sungai
F) UNSUR PENTING
> Kemasyarakatan
- Mereka saling bekerjasama dalam membuah ghalli “Mendam Berahi” yang digunakan mereka untuk pergi ke Majapahit.
Legenda
14 tahun yang lalu
0 comments