DIKAJI OLEH: ABDUL HALIM PUTEH
SINOPSIS
Sang Maniaka, Raja Melaka telah menintahkan Bendahara Paduka Raja dan Temenggung Seri Sarwa Diraja untuk pergi menghadap Sang Sapurba di Bukit Siguntang Mahabiru untuk mendapatkan restu supaya Sang Jaya Nantaka dilantik menjadi Raja Muda Melaka. Dan, permohonan Sang Maniaka itu telah direstui oleh Sang Sapurba.
Setelah Sang Jaya Nantaka menjadi Raja Muda Melaka, Sang Jaya Nantaka akhirnya difitnah yang mana kononya Sang Jaya Nantaka berusaha untuk merampas taktha kerajaan Melaka. Raja Melaka mentahkan Hang Tuah dan Bendahara untuk membunuh Sang Jaya Nantaka tetapi Hang Tuah dan Bendahara tidak melakukannya ada seorang raja dari keinderaan di Tanah Melayu dan raja itu mempunyai empat orang putera. Dan, saudagar kaya itu berharap agar salah seorang dari putera tersebut dijadikan Raja di Benua Keling.
Parmadewan telah bertemu dengan seorang pengail (Sang Jaya Nantaka) di Muara Sungai Melaka. Parmadewan lalu menyatakan hasratnya untuk menjadikan pengail tersebut sebagai Raja di Benua Keling kerana Parmadewan mempunyai firasat yang mengatakan bahawa pengail tersebut merupakan putera raja.
Sang Jaya Nantaka akhirnya bersetuju untuk menjadi Raja di Benua Keling setelah teringat pesan ibunya bahawa suatu hari nanti, dirinya akan menjadi Raja Besar di Benua Keling. Parmedewan membawa Sang Jaya Nantaka pergi mengadap Raja Melaka untuk menyatakan hasratnya. Hasrat Parmadewan telah mendapat restu dari Raja Melaka. Akhirnya, Sang Jaya Nantaka dibawa oleh Pardewan ke Benua Keling.
Dalam perjalanan pulang ke Benua Keling, Parmadewan bertemu dengan kapal China. Menurut Nahkoda China itu, kapal Feringgi hendak menyerang Benua Keling. Parmedewan telah berjaya mengalahkan Angkatan Feringgi di Kuala Nila Pura.
Setelah dilantik menjadi Raja di Benua Keling, baginda telah melantik Parmedewan sebagai Bendahara Mangkubumi. Manakala ketiga-tiga anak Bendahara Mangkubumi iaitu Parmadesa dilantik menjadi Paduka Raja, Pudingga dilantik menjadi Maharaja Indera dan Parmadian dilantik menjadi Maharaja Indera Bongsu.
Sang Jaya Nankata menghantar utusan ke Melaka dan ke Bukit Siguntung Mahabiru untuk memberitahu keadaanya setelah menjadi Raja di Benua Keling.
PERISTIWA PENTING
1. Disebabkan Melaka tidak mempunyai Raja Muda, Raja Melaka telah mentahkan agar Sang Jaya Nankata dijadikan Raja Muda Melaka.
2. Setelah dilantik menjadi Raja Muda, Sang Jaya Nantaka difitnah yang mana kononya ia hendak merampas takhta kerajaaan Melaka.
3. Sang Jaya Nankata menjadi pengail setelah dilucutkan jawatan.
4. Parmadewan dari Benua Keling mempunyai firasat bahawa terdapatnya empat putera berasal dari keinderaan Tanah Melayu.
5. Parmadewan berharap agar salah seorang dari putera tersebut dapat dijadikan Raja di Benua Keling.
6. Parmadewan telah bertemu pengail (Sang Jaya Nantaka) di Muara Sungai Melaka.
7. Sang Jaya Nankata akhirnya bersetuju menjadi Raja di Benua Keling setelah teringat pesan ibunya.
8. Parmedewan telah mendapat restu dari Raja Melaka untuk menjadikan Sang Jaya Nanataka sebagai Raja.
9. Parmedewan telah mengalahkan Angkatan Feringgi di Kuala Nila Pura.
10. Sang Jaya Nantaka telah melantik Parmedewan dan ketiga-tiga anaknya.
11. Sang Jaya Nantaka telah menghantar urusan ke Melaka dank e Bukit Siguntang Mahabiru.
UNSUR-UNUSR PENTING
1. Unsur Fitnah
Sang Jaya Nankata difitnah kononya ia ingin merampas takta Raja Melaka. Dihukum bunuh tetapi Bendahara dan Hang Tuah tidak bersetuju lalu beliau diluncutkan jawatan menjadi Raja Muda Melaka.
2. Perlantikan Raja.
Sang Jaya Nankata telah dilantik mengenai raja di Benua Keling.
3. Perlambangan
Raja Melayu adalah raja yang terunggul (diterima masyarakat) dan mampu memrintah di negeri bukan Melayu dan sebuah negeri yang besar.
WATAK
1. Sang Maniaka (Raja Melaka)
2. Bendahara Paduka Raja
3. Temenggung Seri Sarwan Diraja
4. Sang Sapurba
5. Sang Jaya Nankata
6. Hang Tuah
7. Saudagar Kaya (Bendahara Mangkubumi)
8. Pengail
9. Parmadesa (Paduka Raja)
10. Pundingga (Maharaja Indera)
11. Parmadian (Maharaja Indera Bongsu)
LATAR TEMPAT
1. Melaka
2. Bukit Siguntang Mahabiru
3. Benua Keling
4. Kuala Melaka
5. Kuala Nila Pura
6. Palembang
LATAR MASA
1. Tujuh hari
2. Empat Puluh hari
3. Dua Hari
0 comments