BAB 3 : Kedatangan Patih Kerma Wijaya dan Perpindahan ke Melaka.

Selasa, 3 Februari 2009 at 4:42:00 PTG

KAJIAN OLEH:  HAJI MOHD. SAFWAN HAJI RAMLI. (u6-3)

SINOPSIS

Selepas neger-negeri taklukan Lasem dimusnahkan oleh Raden Inu Kartapati, Ratu Lasen mengarahkan Patih Kerma Wijaya bersama 7 000 tentera memulihkan kawasan tersebut. Semasa di Pajang, Pati Kerma Wijaya jatuh sakit dan menyuruh panglimanya Kebiru ke Lasim menjemput puterinya, Kem Sumirat ke Pajang. Dalam perjalanan ke Pajang ke Kebiri, Kem Sumirat bertemu Ratu Lasem dan mengahwininya secara paksa. Kem Sumirat tidak dibenarkan dibawa oleh Ke Kebiri ke Pajang.

Apabila Patih Kerma Wijaya mengetahui kejadian tersebut melalui Kebiri, Patih Kerma Wijaya marah kepada Ratu Lasem dari ke Tuban bersama pengikutnya. Dia memberitahu perkara tersebut kepada Sang Agung Aria Tuban. Dia turut menjemput Patih Kerma Wijaya tinggal di Tuban, tetapi dia menolaknya.

Semasa dalam perjalanan pulang, mereka singgah ke Jaya Karta. Patih Kerma Wijaya turut memberitahu hajatnya untuk memperhambakan dirinya kepada Raja Bentan, mereka diterima tinggal di Bentan.

Raden Inu Wira Nantaja datang ke Tanah Melayu mencari saudaranya. Semasa di Tuban, dia telah diberitahu bahawa Patih Kerma Wijaya di Tanah Melayu untuk memperhambakan dirinya. Raja Bentan, Hang Tuah dan Patih Kerma Wijaya menyambut kedatangan Raden Inu Wira Nantaja.

Raden Inu Wira Nantaja, Raja Bentan, Hang Tuah bersama rakan-rakannya, Patih Kerma Wijaya dan Bendahara pergi berbulu di Pulau Ledang. Anjing berbulu Raden Inu Wira Bendahara ditentang oleh pelanduk putih lalu ia ghaib. Maka Bendahara mencadang membina negeri kerana ia petanda baik, ia dinamakan Melaka.

Raden Inu Wira Nantaja pulang ke Daha, manakala Raja Bentan pindah ke Melaka dan tempatnya diganti oleh Tun Utama dan Tun Utama dan Tun Bija Sura.

Peristiwa Penting

  1. Penemuan Melaka, ia berlaku apabila anjing berburu Raden Inu Wijaya Nantaja ditendang pelanduk putih dan ia ghaib.
  2. Patih Kerma Wijaya melarikan diri ke Tanah Melayu dan memperhambakan dirinya kepada Raja Melaka.
  3. Raja Bentan berpindah ke Melaka, kerajaan Bentan telah diserahkan kepada Tun Utama dan Tun Nija Sura.

Watak

  1. Ratu Lasem
  2. Pateh Kerma Wijaya
  3. Raden Inu Kartapati
  4. Kem Sumirat
  5. Kebiri
  6. Sang Agung Aria Turban.
  7. Seri Betara Majapahit
  8. Patih Gajah Mada
  9. Bendahara Paduka Raja
  10. Temenggong Sarwa Diraja
  11. Raden Inu Wira Nantaja
  12. Raden Gakuh Cendera Kirana
  13. Ratu Melayu
  14. Hang Tuah
  15. Kibu NIrang
  16. Raden Ibu Angkuripun
  17. Tun Utama
  18. Tun Bija Sura.

LATAR TEMPAT

  1. Pajang
  2. Tuban
  3. Jayakarta
  4. Bentan
  5. Palembang
  6. Pulau Ledang
  7. Melaka

UNSUR-UNSUR PENTING

  1. Peristiwa Perpindahan/Penghijrahan

-          Pateh Kerma Wijaya dan pengikutnya pindah dari negeri Lasem ke Bentan.

-          Raja Meniaka (Raja Bentan) pindah dari Negeri Bentan ke negeri yang baru dibuka (Melaka).

-          Raden Inu Wira nantaga tinggal di Negeri Bentan sementara sewaktu mencari adiknya Raden Inu Indera Kirana.

  1. Unsur Metos

Pembukaan Negeri Melaka iaitu anjing bukan buruan rombongan Negeri Bentan ditentang oleh pelanduk putih (umpama sebesar Kambing).

  1. Unsur Kemanusiaan

-          Raja Manusia melayan dengan baik tetamunya dan membenarkan Pateh Kerma Wijaya dan Raden Inu tinggal dinegrinya.

-          Ratu Lasem tidak bersifat berperikemanusiaan terhadap menterinya Pateh Kerma Wijaya dengan merampas Puteri Kem Sumirat dijadikan isterinya.

1 Responses to BAB 3 : Kedatangan Patih Kerma Wijaya dan Perpindahan ke Melaka.

  1. menurut sejarah pendiri Malaka adalah Parameswara dari Palembang bukan Banten..

Catat Ulasan