Bab 2 : Hang Tuah Menjadi Hamba Raja

Selasa, 20 Januari 2009 at 9:38:00 PTG

SINOPSIS

Pada suatu Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit dan cahaya memenuhi kepala Hang Tuah. Ini adalah suatu petanda baik lalu diciumnya Hang Tuah. Pada keesokan harinya, Sebelumnya Hang Mahmud menjemput penduduk kampong untuk majlis doa selamat. Lalu, Hang Mahmud bersama keluarganya berpindah ke Bentan. Disana Hang Tuah dihantar untuk mengaji Al-Quran sehingga khatam. Seterusnya, beliau dihantar untuk menguasi beberapa bahasa bersama gurunya Lebai Keling iaitu Bahasa India, Lebai Siam iaitu Bahasa Siam , Lebai Cina iaitu Bahasa Cina dan Lebai Jawa iaitu bahasa Jawa. Di Bentan juga, Hang Tuah berjumpa rakan karibnya iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang Kasturi. Mereka berhajat untuk pergi ke Pulau Tinggi. Semasa dalam perjalanan mereka tersempak dengan lanun dan Berjaya menewaskan lanun-lanun itu. Manakala 10 orang daripadanya ditangkap dan dibawa ke Singapura. Hang Tuah bersama rakannya berguru, Sang Aria Putra di Bukit Pancalusa. Mereka juga pergi berguru, Persata Nila (Abang kepada Sang Aria Putra) yang diarahkan oleh Sang Aria Putra. Setelah selesai, mereka berlima pulang dan Hang Mahmud membawa mereka untuk menghadap Bendahara Paduka Raja ingin berjumpa. Seterusnya,semasa Hang Tuah membilah kapak kayu dengan menggunakan kapak berlakunya kekacauan di pasar dimana orang mengamuk lalu Hang Tuah membunuhnya. Ada orang yang menyaksikan kejadian tersebut meramal bahawa Hang Tuah akan menjadi seorang Panglima Besar di Tanah Melayu. Pada kali kedua Hang Tuah bersama rakannya berjaya membunuh 4 orang mengamuk di pasar yang ciba membunuh Bendahara manakala pengikut-pengikutnya lari. Hang Tuah dan rakannya diberikan hadiah daripada Bendahara kerana melindunginya daripada orang mengamuk di pasar tadi. Mereka dilantik menjadi biduanda oleh Bendahara Paduka Raja. Semasa mereka menjadi biduanda mereka bersama Tun Mat untuk mengikut raja berburu ke Pulau Biran Dewa. Semasa memburu, Hang Tuah telah menjumpai pisang masak dan didalamnya ada ular cintamani. Hang Tuah mengambilnya dan disimpannya kedalam dastarnya. Kemudian ular itu diserahkan kepada Bendahara dan disimpannya didalam gulungan kain. Raja Bentan menjemput Hang Tuah berserta rakannya dan dikurniakan hadiah iaitu pakaian dan keris. Raja Bentan merasakan kagum apabila mereka bermain senjata. Akhirnya, Hang Tuah di tugaskan untuk menentang musuh di Siantan dan Jemaja bagi membolehkan orang-orang Palembangpergi balik berdagang di Bentan.


Peristiwa Penting:

  1. Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit dan cahayanya memenuhi kepala Hang Tuah yang menyebabkan mereka pindah ke Bentan. Disana mengaji Al-Quran dan memperlajari beberapa bahasa.
  2. Hang Tuah bertemu dengan rakan karibnya iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang Kasturi. Mereka bersama-sama pergi merantau ke Pulau Tinggi. Semasa dalam perjalanan mereka terserempak dengan lanun-lanun. Mereka berjaya menewaskannya. Sementera 10 orang daripadanya dibawa ke Singapura.
  3. Hang Tuah bersama rakannya pergi berguru dengan Sang Aria Putra di Bukit Pancalusa Sang Aria berpesan kepada mereka untuk berguru dengan abangnya, Sang Persata Nala. Selain itu, Sang Aria Putra memberitahu kepada Hang Tuah bahawa beliau akan menjadi pegawai besar di Tanah Melayu.
  4. Selepas 7 hari mereka berguru dengan Sang Aria Putra, mereka pulang dengan mendapat kemuliaan. Hang Mahmud membawa mereka untuk menghadap Bendahara Paduka Raja kerana Bendahara ingin berjumpa.
  5. Hang Tuah berjaya membunuh orang mengamuk di pasar dengan menggunakan kapak belah kayu api. Pada kali keduanya, beliau bersama rakannya berjaya menyelamat Bendahara daripada 4 orang mengamuk yang cuba membunuh Bendahara, manakala penguikut-pengikutnya lari.
  6. Hang Tuah bersama sahabatnya dibawa kerumah Bendahara Paduka Raja. Mereka berlima diberikan hadiah dan persalinan dan juga dilantik menjadi biduanda baginda.
  7. Semasa mereka memburu bersama Raja Bentan di Pulau Biram Dewa. Hang Tuah telah menjumpai pisang masak yang didalamnya terdapat ular cintamani. Hang Tuah mengambilnya dan disimpannya kedalam dastar. Beliau menyerahkan ular cintamani itu kepada Raja Bendahara Paduka Raja disimpannya dalam gulungan raja.
  8. Raja Bentan menjemput Hang Tuah bersama rakannya untuk menghadap dan dikurniakan hadiah seperti pakaian dan keris. Raja itu sangat kagum apabila mereka bermain senjata.
  9. Selepas dilantik menjadi biduanda raja, Hang Tuah dan rakannya ditugaskan untuk menentang musuh di Siantan dan Jemaja bagi membolehkan orang Palembang beulang-alik berdagang ke Bentan.

Watak:

= Hang Mahmud

= Dang Merdu

= Hang Tuah

= Hang Jebat

= Hang Lekir

= Hang Lekiu

= Hang Kasturi

= Bendahara Paduka Raja

= Lebai Keling

= Lebai Jawa

= Lebai China

= Lebai Siam

= Aria Negara

= Pateh Gajah Mada

= Tun Mat

= Raja Bentan (Sang Maniaka)

= Penghulu Singapura


Perwatakan

1. Hang Tuah

Hang Tuah ialah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merdu. Beliau juga mempunyai 4 orang sahabat karibnya iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Dia dilahirkan di Sungai Duyung dan dibesarkan di Bentan. Hang Tuah juga berguru beberapa bahasa dan ilmu sakti. Disamping, beliau juga mengaji Al-Quran sehingga Khatam. Beliau diberikan gelaran Hulubalang oleh Bendahara Paduka Raja.

Dalam bab ini pengarang mengarang Hang Tuah sebagai keperwiraan dan kebernian Hang Tuah terserlah apabila beliau mempimpin sahabatnya iaitu Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, dan Hang Lekiu dalam pelayaran mereka di selat Melaka ke Singapura. Disamping itu, kejayaan Hang Tuah memimpin kumpulan tersebut dengan keberaninya telah membolehkan mereka membunuh serta mengusir tiga buah perahu lanun yang bertemu dengan mereka. Malahan, keberaninya menojol apabila beliau berusia 10 tahun dimana beliau berjaya membunuh pengamuk-pengamuk dengan menggunakan sebilah kapak sahaja dan Hang Tuah Berjaya menyelamatkan Bendahari Paduka Raja daripada empat orang pengamuk yang ingin cuba membunuhnya.

Hang Tuah juga di kurniakan gelaran biduanda oleh Bendahara Paduka Raja kerana menyelamatnya daripada orang mengamuk di pasar. Disamping Raja Benting juga member gelaran tersebut dan diarah untuk menentang musuh di Sianatan dan Jemaja bagi membolehkan mereka yang berniaga dan berulang-alik di Bentan.

2. Hang Jebat

Hang Jebat adalah salah seorang sahabat Hang Tuah sejak berusia 10 tahun. Dalam bab 2, Hikayat Hang Tuah beliau dikatakan seorang yang berani apabila ia mengahadapi lanun-lanun di perairan. Hang Jebat dengan penuh bernai menentang musuh itu bersama-sama rakannya. Di samping itu, sifat keberanian dan kepahlawanan Hang Jebat ketika ia menentang pengamuk yang cuba membunuh Bendahara Paduka Raja dan disebabkan itu juga beliau diberikan gelaran biduanda oleh Bendahara Paduka Raja.

3. Bendahara Paduka Raja

Bendahara Paduka Raja merupakan pembesar negeri dan terpenting sistem pentadbiran negeri. Beliau ialah penolong kanan raja yang paling dihormati dan disegani oleh baginda. Dalam bab ini beliau dikatakan seorang yang bersifat kebijaksaan dan kepintaran dimana beliau telah memilih Hang Tuah berserta sahabatnya untuk ke melindung Raja. Walaubagaimanapun, beliau juga bersifat pengecut kerana tidak berani melawan mahupun membunuh pengamuk-pengamuk dipasar. Oleh itu, Bendahara Paduka Raja memberikan gelaran biduanda kepada Hang Tuah dan sahabatnya.

LATAR TEMPAT


Ø Sungai Duyung

Ø Bentan

Ø Pulau Tinggi

Ø Singapura

Ø Palembang

Ø Bukit Pancalusa

Ø Pulau Biran Dewa

Ø Siantan

Ø Lemaja



MUHD. SHAFIQ HJ. HASNAN

U6-6


0 comments

Catat Ulasan