BAB 7 : Perkahwinan Raja Melaka

Rabu, 11 Mac 2009 at 9:52:00 PTG
KAJIAN: NUR KHAIRUNNISA BINTI MAIDIN

Sinopsis

Sebelum Raja Melaka melangsungkan perkahwinannya dengan Raden Emas Ayu, satu pesta telah diadakan oleh pihak Majapahit. Dalam majlis jamuan makan-makan, orang-orang Melaka diberi minum arak supaya mabuk dan mereka disuruh menari. Begitu juga dengan Hang Tuah tetapi sebaik sahaja Hang Tuah minum arak tersebut, dia tidak mabuk kerana dia mempunyai ilmu yang boleh menukar arak tersebut kepada air yang biasa sahaja.
Penjurit-penjurit yang diupah oleh Patih Gajah Mada pun mulalah mengamuk lalu membunuh orang-orang Melaka yang sedang mabuk itu. Walaubagaimanapun, segala usaha mereka untuk membunuh Hang Tuah tidak berjaya seperti yang dirancangkan. Tiba-tiba muncul seorang penjurit tua yang bernama Taming Sari di mana dia juga turut ikut membunuh orang-orang Melaka.
Penjurit tua itu merupakan seorang penjurit yang handal, yang pada masa yang sama ingin membunuh Hang Tuah. Taming Sari ini bukanlah penjurit yang diupah oleh Patih Gajah Mada tetapi dia sengaja muncul untuk menguji orang-orang Melaka. Akhirnya Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari dan kedua-duanya sama handal tiada bandingnya.
Menurut Hang Tuah, keris Taming Sari itulah yang membuatkan Taming Sari handal dan kuat. Tanpa keris Taming Sari itu, pasti Taming Sari akan tewas. Maka Hang Tuah pun mendapat satu akal iaitu dengan menukarkan kerisnya dengan keris Taming Sari atas alasan bahawa keris Taming Sari itu sudah tidak kukuh. Akhirnya, Taming Sari bersetuju untuk menukarkan kerisnya dengan keris Hang Tuah. Sebaik sahaja Hang Tuah mendapat keris Taming Sari, Hang Tuah terus menikam Taming Sari tetapi tidak kena.
Dalam pertarungan itu, Taming Sari merasa letih lalu Hang Tuah pun mengambil kesempatan itu untuk menikam Taming Sari tetapi keris Taming Sari itu melekat pada dinding peseban dan Taming Sari dengan Hang Tuah pun bergelut untuk mendapatkan keris tersebut. Hang Tuah berjaya mendapatkan keris itu kembali dan menghunus Taming Sari dan akhirnya Taming Sari mati ditangan Hang Tuah.
Dengan itu, Hang Tuah diberi hadiah iaitu keris Taming Sari dan juga diberi gelaran Laksamana oleh Raja Majapahit. Tidak lama kemudian, Raja Melaka pun berkahwinlah dengan Raden Emas Ayu manakala Hang Tuah dengan sahabatnya pergi berguru dengan Sang Persata Nala di gunung Wirana untuk mempelajari ilmu penjurit dan ilmu hulubalang. Mereka diajar perbagai jenis ilmu terutamanya Hang Tuah yang diajar ilmu yang lebih banyak sedikit kerana Hang Tuah merupakan seorang yang istimewa dari rakan-rakannya yang lain. Akhirnya mereka pun berjaya menguasai ilmu yang diajar oleh Sang Persata Nala.
Peristiwa penting
1. Patih Gajah Mada menyuruh/mengupah penjurit-penjurit untuk membunuh Hang Tuah.
2. Orang-orang Majapahit memberi minuman yang memabukkan kepada orang-orang Melaka sebelum majlis perkahwinan Raja Melaka dilangsungkan.
3. Hanya Hang Tuah yang tidak mabuk apabila meminum arak yang diberikan.
4. Muncul seorang penjurit tua yang bernama Taming Sari yang ingin membunuh Hang Tuah juga tetapi dia ini bukannya diupah oleh Patih Gajah Mada.
5. Taming Sari bertarung dengan Hang Tuah dan mereka ini sama-sama handal.
6. Taming Sari mempunyai keris yang membuatkannya handal dan kuat.
7. Hang Tuah ingin menukar kerisnya dengan keris Taming Sari dengan alasan keris Taming Sari itu tidak kukuh.
8. Akhirnya Taming Sari tewas ditangan Hang Tuah akibat daripada tikaman Hang Tuah dengan menggunakan keris Taming Sari.
9. Raja Melaka berkahwin dengan Raden Emas Ayu.
10. Hang Tuah diberi hadiah keris Taming Sari dan gelaran Laksamana oleh Raja Majapahit.
11. Hang Tuah dan rakan-rakannya pergi berguru dengan Sang Persata Nala di gunung Wirana Pura.
12. Hanya Hang Tuah seorang sahaja yang diberi ilmu yang lebih dari rakan-rakannya kerana Hang Tuah ini bukannya sembarangan orang.
Latar tempat
1. Istana
2. Gunung Wirana Pura
3. Bukit Si Guntang
Watak dan perwatakan
1. Hang Tuah 11. Ratu Majapahit
2. Hang Jebat 12. Adipati Jemaja
3. Hang Lekir 13. Tun Utama
4. Hang Kasturi 14. Tun Bija Sura
5. Hang Lekiu 15. Patih Kerma Wijaya
6. Seri Batara 16. Sang Persata Nala
7. Raja Melaka 17. Raden Emas Ayu
8. Taming Sari
9. Patih Gajah Mada
10. Betara Majapahit
Unsur-unsur
1. Kepahlawanan
- Kepahlawanan Taming Sari dan Hang Tuah dalam pertarungan yang sengit. Kepahlawanan mereka ini tiada tandingnya.
2. Kesaktian
- Hang Tuah menggunakan kesaktiannya untuk menukarkan arak yang diberi menjadi air yang biasa supaya dia tidak mabuk.
- Hang Tuah juga menggunakan kesaktiannya untuk menjadi kebal. Ini dapat dilihat apabila Taming Sari dan penjurit-penjurit yang lain tidak dapat mengalahkan Hang Tuah dan tidak ada satu pun yang dapat mencederakannya.

4 comments

  1. Wiek Says:

    hum...ada di buku mana ya? saya pengen baca

  2. Unknown Says:

    boleh berikan adat istiadat semasa perkahwinan tersebut

  3. Hizwa asty Says:

    boleh tolong bagi budaya masyarakat melayu dan jawa yang terdapat dalam hikayat Hang Tuah bab vii tak?

  4. Unknown Says:

    Hii pembaca baru hikayat hang tuah anda☺
    #2021 BM block 3 L6 what a coincidence we have same block but u on 2009 n i in 2021🤭 i hope info² ini sngat berbaloi and thanks 4 the info🥰

Catat Ulasan