BAB 6 : Raja Melaka Berangkat ke Majapahit

Rabu, 11 Mac 2009 at 9:41:00 PTG

KAJIAN: AMAL NADHJRAH RUSLI (U6-1)

A) SINOPSIS

Rombongan meminang yang diutus Raja Melaka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke Melaka. Mereka singgah ke Tuban, Jayakarta dan Palembang. Setelah sampai ke Melaka, surat pinangan dari Melaka diarak dari Kuala pelabuhan Melaka sehingga sampai ke istana. Setelah mengetahui pinangnya diterima, baginda telah menitahkan kepada bendahara dan pembesar yang lain untuk membina kapal yang diberi nama Kumbang Nuri. Raja Melaka pun berangkat ke Majapahit dengan diiringi Hang Tuah dan sahabatya serta Patih Kerma Wijaya yang bertanggungjawab atas keselamatan baginda. Apabila sampai di Majapahit, mereka disambut sengan Mariah oleh Raja dan pembesar negeri Majapahit. Hang Tuah begitu teliti mengawasi Raja Melaka sehingga dikagumi oleh Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit. Patih Gajah Mada telah merancang ingin membunuh Hang Tuah dalam majlis tari menari. Percubaan ingin membunuh Hang Tuah gagal ketika meminum arak di hidangkan di Istana Betara Majapahit yang mana seorang upahan Path Gajah Mada cuba membuunuhnya dan kejadian itu telah disedari oleh Hang Tuah.

B) PERISTIWA PENTING

1. Rombongan meminang Raja Melaka singgah di Tuban, Jayakarta dan Palembang ketika dalam perjalanan pulang dari Majaphit.

2. Perarakan surat Betra Majapahit dari Kuala Pelabuhan Melka sehingga ke Istana Raja.

3. Membina kpal yang dinamakan Kumbang Nuri.

4. Hnag Tuah dari Patih Kerma Wijya serta sahabat-sahabatnya mengiringi baginda ke Majapahit dan mereka disambut dengan meriah oleh Raja dan Pembesar Majapahit setibanya mereka disana.

5. Patih Gajah Mada mernacang ingin membunuh Hang Tuah sekalogus menguji kehebatan pahlawan tersebut di majlis tari menari dan mengupah parajurit menikam Hang Tuah.

6. Percubaan membunuh Hang Tuah ketika hidangan arak disajikan gagal kerana dia menyedari akan tipu muslihat Patih Gajah Mada dan mereka terpaksa akur dengan kehebatan Hang Tuah.

C) WATAK DAN PERWATAKAN

i. HANG TUAH

Merupakan orang kepercayaan Duli Syah Alam dan ditulis untuk meminag Puteri Majapahit. Patih diuji kehebatannya oleh Patih Gaja Mada dengan mengupah parajubit untuk Hang Tuah.

ii. HANG JEBAT

Sahabat Hang Tuah yang turut menjadi utusan meminang Raden Mas Ayu turut menyampaikan berita penerimaan pinangan kepada Raja Melaka serta mengaja keselamatan baginda di Majapahit.

iii. PATIH KERMA WIJAYA

Seorang menteri yang arif dan merupakan utusan Raja Melaka meminang Raden Mas Ayu serta ditugaskan menulis surat dalam bahasa Jawa kerana kefasihannya berbahasa Jawa.

iv. PATIH GAJAH MADA

Pembesar Majapahit yang mempunyai sikap jahat, zalim, tamak dan iri hati. Beliau yang berpakat dengan Betara Majapahhit menguji kekuatan Hang Tuah dengan mengupah 60 pengamuk dan mengupah parajurit menikam Hang Tuah tetapi gagal.

v. PADUKA BETRA MAJAPAHIT

Raja Majapahit dan ayahanda kepada Raden Mas Ayu. Dia berpakat dengan Patih Gajah Mada untuk meguji kehebatan pahlawan Melakja terutama Hang Tuah.

vi. HANG LEKIR, HANG LEKIU, HANG KASTURI – Sahabat Hang Tuah yang mengikuti rombongan meminang puteri Majaphit

Terdapat ramai lagi watak-watak yang lain seperti:

vii. Adipati Tuban

viii. Adipati Palembang

ix. Duli Tuanku Syah Alam

x. Raden Aria

xi. Parmedewan

xii. Hang Kamar

xiii. Barit

xiv. Adipati Jayakarta

xv. Bendahara Paduka Raju

xvi. Tun Utama dan Tun Bija Sura

xvii. Kuwela

xviii. Temenggung Negri Melaka

xix. Hang Syamsu

D) LATAR TEMPAT

I. Pelabuhan Tuban, Jayakarta dan Palembang

Tempat persinggahan Hang Tuah dan Patih Kerma Wijaya serta rombongan meminag dalam perjalanan pulang ke Melaka

II. Istana Melaka

III. Istana Betara Majapahit

E) UNSUR PENTING

i. Kepahlawanan

Hang Tuah berjaya membunuh parajurit yang cuba ingin membunuhnya.

ii. Keberanian

Hang Tuah berani berhadapan dengan parajurit yang cuba membunuhnya.

0 comments

Catat Ulasan