BAB 13 : HANG TUAH DI MAJAPAHIT

Isnin, 31 Ogos 2009 at 5:13:00 PTG
KAJIAN: ANNIE SUZANA SAMSUDIN (U6-1)

A) SINOPSIS

Mengisahkan tentang Raja Majapahit yang mengutus perutusan (rindu akan Raden Mas Ayu) kepada Raja Melaka melaui orang pilihan Patih Gajah Mada dan perutusan itu ditulis sendiri oleh Beliau atas perintah Raja Majapahit. Apabila sampai ke Melaka, Rangga dan barit Ketika menyampaikan titah tambahan dari Raja Majapahit. Laksmana dari Melaka menjawab titah tambahan itu bagi pihak Raja Melaka. Dari jawapan Laksamana itu, benarlah bahawa Melaka akan diserang oleh musuh. Selang beberapa hari Rangga dan Barit Ketika menundurkan diri bersama-sama Laksamana dari Melaka iaitu Hang Jebat dan Hang Kasturi.

Tujuan Laksamana dari Melaka adalah hendak membalas surat dan bingkis untuk diberikan kepada Seri Betara. Manakala Hang Jebat dan Hang Kasturi hanyalah sebagai pendamping dikala sukar. Patih Gajah Mada mengetahui rombongan dari Melaka tiba dan meminta izin kepada Betara Majapahit untuk mencuba kepahlawanan ahli-ahli rombongan negeri Melaka dengan mengupah orang mengamuk secara berolok-olok tetapi dengan hanya menggunakan orang upahan Patih Gajah Mada. Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit berniat unruk menguasai Negeri Melaka, kerana itu Patih Gajah Mada merancang untuk membunuh Hang Tuah di jamuan makan. Diupahnya orang untuk mencuri Keris Taming Sari (punca kekuatan) semasa Hang Tuah menceritakan semasa berperang dengan Megat Terengganu. Menyedari Keris Taming Sari dicuri oleh patih Gajah Mada kerana untuk melihat berjumpa sendiri dengan Hang Tuah.

B) PERISTIWA PENTING

1. Usaha untuk membunuh Hang Tuah berlipat ganda.

2. Patih Gajah Mada mencadangkan hendak memfitnah Hang Tuah.

3. Mengupah penglima terhebat untuk membinasakan Hang Tuah dari terus hidup.

4. Memberikan minuman keras kepada Hang Tuah untuk memudahkan rancangan membunuh.

C) WATAK-WATAK

1. Betara Majaphit

2. Patih Gajah Mada

3. Hang Tuah

4. Hang Jebat

5. Hang Kasturi

6. Barit Ketika

7. Orang-orang mengamuk

8. Bendahara Paduka Raja

9. Raden Aria

D) UNSUR PENTING

1. Unsur Muslihat

Disebabkan Hang Tuah ialah tulang belakang kepada Negeri Melaka, jika Hang Tuah tiada lagi, Majapahit mudah menakluki Melaka.

2. Unsur Kesakitan

Terbukti apabila Hang Tuah dapat menukarkan minuman keras kepada air biasa sewaktu majlis makan malam untuk meraikan kedatangan rombongan dari Melaka. Senjata Semirang tidak dapt mencederakan tubuh Hang Tuah.

1 Responses to BAB 13 : HANG TUAH DI MAJAPAHIT

  1. Unknown Says:

    full story ker ni ...?

Catat Ulasan